Monday, November 2, 2009

MCA WAT EGM, DIA PUN NAK WAT EGM..

Minggu lepas kecoh satu Malaya bila Tok Guru berkeras nak juga diadakan EGM, pastu nak disingkirkan pemimpin-pemimpin yang kurang bersih dalam PAS... klik klak dah sudah mesyuarat, tak jadi wat EGM.. apa raaa ni Tok Guru???
Jangan lar nak glamer murahan dengan cara sedemikian....
* pada hemat Qaseh, Tok Guru memang sengaja nak cari publisiti murahan... tapi pemimpin UMNO dah tahu taktik deme ni...
* Dah tak heran weiiiii

Thursday, September 10, 2009

SALAM RAMADHAN

Salam Ramadhan, marilah kita memperbanyakkan amalan, meperbaiki diri, memantapkan peribadi serta menjaga baik tingkah laku, janganlar perkara yang kecil hendak diperbesar-besarkan dan sentiasa lah kita bermuhasabah diri sendiri..

Barisan Nasional masih berduka dengan kehilangan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat tetapi janganlah kita patah semangat atas kehilangan itu sebaliknya ayuh kita terus berusaha keras untuk mempertahankan DUN Bagan Pinang ini...

Diam tak diam dah menjengah 20 hari kita berpuasa dan ini bermakna pada malam ini bermulalah pencarian kita untuk malam bertuah Malam Lailatul Qadar...... SEmoga kita diberi limpahan rahmatNYA selalu...

Monday, August 10, 2009

PR YANG MEROYAN KAN KUASA

PR kata Kerajaan sombong xmahu terima pandangan PR untuk tangani wabak H1N1. Kelmarin Naib Presiden PAS Pusat, Salahudin Ayub mencadangkan agar kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Khas Memantau penularan wabak H1N1 yang kini menjadi ancaman serius di negara kita. Selain itu kata beliau, PR turut menggesa Majlis Tindakan Keselamatan Negara untuk mengatasi masalah ini selain tindakan pencegahan.



Bagi DQ, bukan soal sombong atau tidak tetapi DQ percaya kerajaan memang bercadang untuk menubuhkan Jawatankusa tersebut dan hal penubuhan ini tidak perlu didesak oleh mana-mana pihak kerana kerajaan yang didukung oleh Barisan Nasional ini amat memahami keperluan penubuhan sesuatu jawatankuasa dan bila mana yang difikirkan perlu



Tidak perlu PR berlagak hero sedangkan dalam masa yang sama Kerajaan Selangor membuat taik dengan membenarkan penternakan babi secara besar-besaran di negeri itu. Apa nak jadi ni, dia ternak babi banyak-banyak, kita lak yang kena telan bahana nya....


Deme tak perlu nak memadai-madai kata BN sombong ker haper ker? Leni seme yang dilakukan salah, kerajaan wat betul dikata salah, habis apa yang betul nya?

Friday, August 7, 2009

PAS DAH BUTA HATI TERSASAR DARI PERJUANGAN SEBENAR


Ramai berpendapat desakan PAS Selangor supaya kerajaan negeri itu mengugurkan Ronnie Liu sebagai Exco adalah satu sandiwara.
Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata “Ini semua sandiwara PAS sahaja. Tidak akan ada apa-apa yang berlaku. Ronnie Liu akan terus jadi Exco dan dia (Liu) akan terus guna kuasanya menghalang mereka yang melaksanakan operasi penguatkuasaan.
“Dia akan terus campur tangan dan PAS akan bersuara kononnya dia serius tapi `nothing happens’ (tiada apa-apa akan berlaku) selepas ini,” katannya. Apatah lagi kini PAS akan hadapi satu lagi Pilihanraya Kecil di Permatang PASir... macam biasa promote diri awal-awal lah...bagaimana?..
Konon perjuangkan Islam... bila?.. masa nak Pilihanraya... Habis.. sebelum ni buat apa?.. makan gaji buta...PAS pejuang Islam hanya bila Pilihanraya nak tiba... selain itu... Pas masukkan Islam dalam bakul sampah....
(ASPIRASI BANGSA.BLOGSPOT.COM)
berapa banyak lagi penipuan yang PAS nak tutup, berapa ramai lagi yang PAs nak anak Melayu tersasar? berapa lama lagi PAS mampu bersekongkol dengan YAHUDI DAP? berapa banyak yang PAS nak DAP dan PKR sapu hak Melayu? Berapa berapa berapa? kerana kalau kalau sudah tiba ajal, adakah PAs masih lagi boleh bertahan????
Sedar lar, rumah kata pergi, kubur kata mari....
wALLAHUAALAM....

SILA BACA YER...

Kematian Teoh : Blog Yang Harus Dibaca
Oleh : Lebah KOta


Kematian Teoh Beng Hock telah dipolitikan sepenuhnya oleh DAP. Ada pihak melihat tindakan itu bukan kerana simpati, tetapi DAP tersepit apabila mendiang ada kaitan langsung dengan siasatan mengenai kewujudan gangster dan salah guna dana dalam pentadbiran Selangor.
Layari blog http://www.t4tbh.blogspot.com/ dan anda akan dapat melihat sendiri dengan bukti-bukti nyata bagaimana kematian Teoh ada kaitan dengan dakwaan korupsi dan gangster di negeri itu. Bukti yang diutarakan blog ini agak sukar untuk disangkal. Nampaknya permainan jahat DAP untuk menjadikan kematian Teoh untuk menutup kelemahan mereka di Selangor semakin terbongkar sedikit demi sedikit.
Benar kata pepatah, bangkai gajah bukan mudah untuk ditutup. Itulah yang sedang berlaku sekarang.
Blog http://www.t4tbh.blogspot.com/ akan memberikan anda serba sedikit gambaran akan bagaimana dana Selangor dibolot satu dua pihak sahaja. Huh...banyaklah DAP cakap pasal demokrasi selama ini. Ia juga boleh membuka persoalan bahawa Teoh dibunuh oleh gangster atau mungkin mana-mana ahli DAP sendiri. Seperti yang ditegaskan banyak kali, kematian Teoh sebenarnya memberikan faedah yang banyak kepada DAP kerana kematian mendiang bererti banyak bukti-bukti penting untuk mengaitkan salah guna dana dan pengaruh kongsi gelap dalam pentadbiran Selangor hilang begitu sahaja.
Teoh bunuh diri, maka dia telah berjasa besar kepada DAP. Kalau dia dibunuh, maka siapa yang bertanggungjawab? Adakah DAP atau ahlinya yang gelabah dengan penyiasatan SPRM?
Kalau pegawai SPRM yang campak Teoh seperti dicanang DAP, kemungkinan itu ada, tetapi buat apa hendak buat begitu? Kenapa pegawai SPRM bodoh hendak campak Teoh dari pejabat mereka sendiri, itu cari bala percuma namanya. Jadi sama ada Teoh bunuh diri atau dibunuh, itu persoalan yang sedang dirungkai sekarang. Namun, dalam merungkai jawapan itu, isu-isu yang berkaitan seperti kehadiran gangster dalam senario pentadbiran Selangor dan salah guna dana di negeri itu jangan dilupakan. Lebah Kota amat yakin semua itu ada perkaitan dengan kematian Teoh.
Apa pun, layarilah http://www.t4tbh.blogspot.com/ (http://www.malaysia-instinct.com)

Thursday, July 16, 2009

TOLONG PLEASE LAR, JANGAN SALAHKAN KERAJAAN BN...




***Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS mengakui kemerosotan drastik jumlah majoriti kepada PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai semalam kerana pengundi terpengaruh dengan janji pembangunan Barisan Nasional (BN).


***Nik Abdul Aziz mendakwa, kemenangan itu juga mungkin disebabkan "rasuah politik" yang digunakan parti itu pada saat-saat akhir menjelang pilihan raya seperti menjanjikan pembangunan di kawasan tersebut.


***Di PULAU PINANG, DAP juga mengakui bahawa pelbagai insentif untuk rakyat yang diumumkan sejak Najib menjadi Perdana Menteri adalah antara faktor BN mendapat sokongan pada pilihan raya kecil itu sehingga menyebabkan Pas menang dengan majoriti tipis.


***Lim juga berkata masalah di Selangor yang melibatkan ADUN Bukit Antarabangsa Mohamed Azmin Ali mendesak kerajaan Selangor merombak barisan Exconya juga antara penyumbang kepada kemenangan tipis Pas di Manik Urai.


***sumber: star menyatakan bahawa salah satu punca kemerosotan undi yang diperolehi calon PAS di Manek Urai adalah kerana pengundi muda di beberapa saluran menyokong BN, kata Setiausaha PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim. Mohd Zaki berkata, pengundi muda tidak mempunyai sikap politik yang jelas, yang mudah disogok dengan janji-janji BN.


***sumber: malaysiakini pula memberitahu bahawa jika pengundi muda sudah menyokong BN, PAS seharusnya melakukan bedah siasat yang sejujur mungkin kerana perjuangan Islam yg dibawa oleh parti Islam itu tidak lagi menarik golongan muda untuk bersamanya.


Ulasan Qaseh : Dorang ni kalau dah kalah, macam-macam lar ngutuk BN aka Kerajaan.. Kalau dorang menang pun ngutuk kita gak... Ntah apa-apa dan tak tahu lar bila nya dorang nak puas? xkan nak bagi dorang perintah kerajaan Malaysia untuk memenuhi kepuasan hati mereka nih?


Xmasuk akal sungguh bila kita fikir setiap tindakan yang dilakukan oleh orang pas nih.... Rasanya dulu-dulu taklar seganas sekarang tapi mungkin disebabkan berkawan dengan geng-geng PKR, itu yang perjalanan hidup mereka pun jadi caca marba.. penuh dengan ketidaktentuan hala, perjuangan pun dah disogok dengan material....

Wednesday, July 15, 2009

TAHNIAH BUAT PM KITA....



Sabtu lalu genap 100 hari DSNTAR sebagai Menteri Perdana ....100 hari disambut dengan majlis mesra rakyat dituruti dengan pengumuman 11 perkara yang jelas menunjukkan DSNTAR mendahulukan rakyat seperti yang beliau katakan.....Penambahbaikan(Retreat) KPI yang menjadi teras utama dalam menjayakan agenda kerajaan juga amat jelas DSNTAR mengutamakan pencapaian dan hasilnya akan memberi banyak faedah kepada Rakyat..KPI tiada yang terkecuali merupakan satu pembaharuan yang tepat 1Malaysia "Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan". Syabas DSNTAR......Semoga ALLAH Memelihara beliau dan seluruh rakyat Malaysia.........SYUKUR..........................


***Qaseh berharap DSN akan terus memacu Negara Malaysia keluar dari kepompong permasalahan politik yang agak gila dek perbuatan Anwar yang agak meroyan ingin mendiami Putrajaya ini...


***InsyaAllah Qaseh percaya kaalu kita jujur dan ikhlas dalam perjuangan, InsyaAllah akan diberkati YANG ESA....